Jumaat, 11 Mei 2012

Kasihnya Ibu....

As salam kengkawan...bila masuk je bulan mei mesti ramai yang menunggu tibanya hari ibu kan..kan..***selalu sambut hari ibu berjauhan dengan ibu tersayang,tak pernah sambut sama2 dengan ibu...memang rasa sedih sangat..
tapi tak kan membuatkan saya terus lupa pada ibu saya...tiap2 hari saya akan kol ibu saya bertanyakan khabar..kadang2 kami selalu ber 'sms' jer,borak2 macam2 la..dengan cara tu je la kami meluangkan masa bersama...**rindunya daku pada ibuku..**


dulu xder anak x merasa menyambut hari ibu sebagai seorang ibu...pada tahun ni saya berkesempatan menyambut hari ibu sebagai seorang ibu...bestnya dapat menjadi seorang ibu....adanya amsyar bertambah bahagia rasanya...****

bagi anak2 di luar sana hargailah ibu anda dan bahagiakan lah mereka selagi nyawa dikandung badan..ibuu telah mengandungkan kita selama 9 bulan,melahirkan kita dengan mengorbankan nyawanya,membesarkan kita x kira penat dan lelah..ibu telah buat yang terbaik untuk anak-anaknya..besarnya pengorbanan ibu kepada kita semua...
**Tak semestinya pada hari ibu sahaja kita ingatkan ibu kita...tiap2 hari kita mesti ingat kepada ibu kita,bertanya khabarnya...ibu mesti gembira bila tahu anak2 nya ambil berat tentangnya..betapa bangganya ibu kepada anak2nya..**

**SAYANGILAH IBU ANDA**
**BERDOALAH YANG TERBAIK UNTUK IBU **
*HARGAILAH DAN BAHAGIAKANLAH IBU**


**DI KESEMPATAN INI SAYA BERBESAR HATI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU SAYA HAM@HAYATI..

**Mak,selamat hari ibu..terima kasih kerana lahirkan saya ke dunia ini,membesarkan aku tanpa fikirkan penat dan lelah..sanggup berkorban untuk membesarkan anakmu ini**
Mak,terima kasih sekali lagi..jasamu akan daku kenang hingga ke akhir hayatku,akan ku bahagiakan dirimu seperti dirimu membahagiakan hidupku dari ku kecil hinggalah sekarang**

**MAK,SELAMAT HARI IBU!!!!...SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK ,DIPANJANGKAN USIA DAN DIMURAHKAN REZEKI...AMIN YA RABBAL A'LAMIN***

jom layan lagu ini...mesti meruntun jiwa..lagu ini khas ku tujukan buat ibu ku...love u MAK..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan