Jumaat, 4 November 2011

Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban


***Semoga anda semua dirahmati oleh Allah swt.Kalau memandu pulang ke kampung,pandulah dengan berhati-hati.Ingat keluarga tersayang.***

Tempahan Kek

****As Salam kawan2..apa khabar...semalam aimie ada ckp nak wat kek kan...hehhehe**dah siap dah pun..tp lom amik gambar lg..kek masih panas..hihi**
aimie post la kat wall fb aimie pasal tengah wat kek...tup..tup..ada lakss kawan nak order kek lapis untuk bawak balik raya haji..hehhehe**mula2 x yakin la sempat ke tak nak buat..kawan punya pasal..aimie on jer la..hehhee***
ingatkan dia nak order 1 biji kek jer..rupa2nya nak order 2 biji..x d sangka2..hehehe..***dahlah bahan2 ada gak dah habis..ermm..terpaksalah aimie ajak hubby temankan beli bahan2 kat pekan ptg ni nanti..nasib baik suami sporting tau...syg abg..hehehe**malam ni nak buat 1 biji kek..esok sebelum balik sibu buat sebiji lagi..
kawan aimie tu pun na k balik esok..uhuhuhu..
**apa2pun..dikesempatan ini aimie nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..MAAF ZAHIR & BATIN..sekiranya aimie ada salah dan silap masa menulis blog ni kan..BERHATI2 DIJALAN RAYA yer..***

Rabu, 2 November 2011

Kek Lapis Watermelon Cheese

As salam kengkawan semua...beberapa hari lagi kita nak sambut hari raya haji kan...macam mana persiapan korang..dah beli g shopping raya ker...hehhehehe*****ada nak wat kek ke utk raya nanti....mesti tengah sibuk cari resepi kan..kan..kan...
***aimie pun akan wat kek...esok aimie nak buat..nak bawak balik ke sibu...kalau ikutkan hati nak beraya d kampung halaman..apakan daya..xder cuti la weiii...huhuhu...***masih belum ada resepi nak buat kek ker..xper..hari ni aimie nak kongsikan satu lagi resepi...tapi yang ni kek lapis..hehhehe**
**pernah x buat kek lapis sarawak???xper boleh belajar kan...hihi**kek ni aimie dah berkali2 buat..sebab sedapp sgt2...hari raya aidilfitri lepas aimie buat...cepat jer habis..ekekekeeke**
panjang lak cerita..ok kawan2..kat bawah ni aimie bagi resepi kek yer..***

**inilah kek lapis watermelon cheese**
kek ni aimie buat lepas hari raya aidilfitri lepas..hehhee
siap bawak ke ofis lagi...licin beb..kawan2 suka makan...seronoknyer....^_^
***ok,resepinya sila lihat di bawah yer...hehhehee

KEK LAPIS WATERMELON CHEESE

Bahan-Bahan:(8"x8")

10 biji telur (A)
150 gm gula kastor
2 gelas (180-200gm)tepung Hong Kong
1 sudu makan ovalet
100 gm tepung aiskrim
450 gm butter
1 tin kecil susu pekat manis
250 gm cream cheese
chocolate chips secukupnya       

1.      Caranya:

2.      Satukan telur, gula, tepung Hong Kong, tepung aiskrim dan ovalet. Pukul dengan mixer dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
3.      Sementara itu, butter, susu dan cream cheese dipukul dalam bekas lain hingga putih.
4.      Kemudian satukan kedua-dua adunan, kaup balik dan gaul rata hingga sebati.
5.      Bahagikan adunan kepada tiga bahagian:
-bahagian 1- asingkan 15 sudu makan adunan dan warnakan dengan warna hijau
-bahagian 2- asingkan 10 sudu makan adunan dan dibiarkan plain
-bahagian 3- selebihnya warnakan dengan warna merah
6.      Menggunakan 5 sudu makan untuk setiap lapisan, mulakan dengan lapisan hijau...ratakan dan bakar. Setelah tiga lapisan hijau, ratakan pula dengan lapisan plain(2x). Selebihnya teruskan dengan lapisan merah. Tabur setiap lapisan merah dengan coklat cips sebelum membakar. Lakukan sehingga habis adunan digunakan.


***SELAMAT MENCUBA***